Sabtu, 30 April 2011

Berpisah seketika...

Nampaknya hari ni hanya sempat ku catatkan 2 catatan saja dan perlu berpisah seketika sehingga Isnin depan. 


Aku anak beranak akan menghalakan langkah ke Ulu Yoh, pulang menjenguk mentua.


Nampaknya masa terlalu suntuk untukku  tinggalkan catatan panjang, ku kira patut untuk ku noktahkan catatan kali ini.

Pertama kali....

Salam untuk yang membaca..( ku tak pasti adakah yang sudi datang membaca hasil tulisan ku ini)..

Biasanya kalau untuk kali pertama, tidak ada cerita yang panjang untuk diungkapkan menjadi tulisan.

Sekadar memperkenalkan diri sebagai seorang hambaNya, isteri , ibu kepada sepasang cahayamata, anak, pekerja dan juga ahli masyarakat.

Kenapa ye aku teringin memiliki blog seperti orang lain juga? Hmm aku rasa perlu ada satu tempat yang boleh djadikan rujukan aku dan anak cucu cicit di masa depan. Sini lah tempat yang terbaik kurasakan.

Setelah adanya tempat untuk ku catatkan segala perjalanan hidupku seharian samada suka duka jemu bosan, ku tetap akan catatkan kerana ini semua adalah pengajaran dan pengalaman berguna di dalam menempuh kehidupan yang pendek ini.

Seperti ayat permulaan di atas, ku tak pasti adakah yang sudi datang membaca, jika ada..terimakasih kuucapkan, jika tidak pun tidaklah menjadi hal kerana ini lebih kepada laman peribadi yang dibenarkan kepada tetamu untuk berkunjung.

Berhenti dulu untuk kali pertama ini, ku pasti akan sambung lagi perjalanan cerita hidupku selagi masih bernafas di bumi Allah ini.

Sekian, jumpa lagi.

Template by:

Free Blog Templates