Khamis, 5 Mei 2011

Kenangan ketika mengambil ujian memandu

Salam untuk pembaca


Aku percaya terlalu ramai yang sudah memiliki lesen memandu. Maksudku lesen kereta la.


Aku adalah manusia yang gelabah tahap gaban , kalau itu yang sesuai untuk menggambarkan betapa gelabahnya aku.


Ketika mengambil ujian berkomputer ku terlalu gelabah dengan soalan berkaitan dengan warna kerana aku adalah rabun warna, kesemua soalan mengenai warna di dalam buku soalan ku hafal sebaik mungkin.


Sebaik saja mengadap komputer untuk menjawab soalan, pertamanya terus ku mencari soalan berkaitan warna, nasib baik semua telah kuhafal, kemudian jawab soalan-soalan lain.


Syukur ku lulus tapi ada 3 yang salah.


Ketika mengambil ujian di jalanraya, bukit dan parking - 2 kali gagal.


Kali ke 3 , baru la lulus.


Boleh bayangkan sendiri betapa kalut dan teruk sangat rasanya setiap kali memegang stereng kereta pada masa tu.


Selepas dapat lesen "L", kalut beli kereta sendiri yang selayak dengan gajiku, iaitu Kancil 660 tapi kelakarnya Kancil tu hanya terparkir elok di depan rumah sehingga setahun lamanya akibat pemiliknya tidak mempunyai keyakinan untuk memandu.


Ada tak kawan-kawan pembaca yang sama penakut dengan ku?

3 comments:

JMR berkata...

makcik aku pon sama kes camni..ada lesen, mampu beli kete, tapi tak konfiden nak drive..hhehehehe

puanbee berkata...

lor naik je lah sayang sungguh kalau try bawak nanti hilang ler kalut tu , bee tak , 2 tahun bawak keta tanpa lesan baru ambik lesen so senang je lulus :)

Hayaro berkata...

JMR - susah gila nak bila rasa yakin ...

puan bee- syukur akhirnya mampu memandu akhirnya walaupun hanya ke pejabat, ke sekolah anak-anak, ke pasar dan ke klinik.

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates